Wednesday 21 May 2014

Published Wednesday, May 21, 2014 by with 0 comment

Konsep Ketuhanan

Bahaudin : Sekarang saya ingin bertanya. Apakah alas an saudar bahawa Isa itu anak Tuhan ?
Antonius : Dalam “Matius” fasal 3 ayat 17 menyebutkan demikian: “Maka tibatiba suatu suara dari langit mengatakan: “Inilah anakKu yang Kukasihi, kepadanya Aku berkenan”. ”Juga di “Lukas” fasal 4 ayat 41, menyebutkan bahawa Isa itu Anak Allah.
Bahaudin : Kalau begitu sila buka “Matius”, fasal 5 ayat 9.
Antonius : Baiklah. Dalam fasal dan ayat itu menyebutkan: “….Dirahmatilah segala orang yang mendamaikan manusia, kerana mereka itu akan dinamakan anak-anak Allah….”
Bahaudin : Berdasarkan ayat tersebut, yang dimaksudkan “Anak Allah” itu ialah orang-orang yang dihormati seperti Nabi-nabi. Kalau Isa dianggap Anak Allah maka semua orang yang mendamikan manusia pun menjadi anakanak Allah juga. Jadi bukan Isa sahaja “Anak Allah”, tetapi ramai Anakanak Allah”.
Antonius : Dalam “Yahya” fasal 14 ayat 9 disebutkan: “…Sesiapa yang sudah melihat Aku ia akan melihat Bapa;…” dan di ayat 10 disebutkan: “Tiadakah engkau percaya bahawa aku ini di dalam Bapa, dan Bapa pun di dalam aku ? segala perkataan yang aku katakana kepadamu bukanlah Aku katakana dengan kehendak sendiri, melainkan kehendak Bapa yang tinggal di dalam Aku. Dialah yang mengadakan segala perbuatan itu.
Bahaudin : Baiklah. Sila saudara periksa “Yahya”, fasal 17 ayat 23.
Antonius : Baiklah. Di fasal ini disebutkan bahawa: “Aku di dalam mereka itu, dan engkau di dalam Aku; supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan…”
Bahaudin : Perhatikan di ayat ini ada tersusun perkataan “Aku di dalam mereka”. Perkataan ‘mereka’ di dalam ayat ini adalah sahabat-sahabat Isa. Sedang yang dimaksudkan dengan ‘Aku’ ialah Tuhan. Jadi perkataan “Aku di dalam mereka” ertinya Tuhan beserta sahabat-sahabat Isa. Jadi Tuhan itu beserta Isa dan sahabat-sahabat Isa. Kalau saudara percaya hal kesatuan Isa dengan Bapa, maka saudara pun mesti percaya percaya tentang kesatuan Bapa itu dengan sekalian sahabat Isa yang 12 orang jumlahnya. Jadi bukan Isa dan Roh Suci sahaja yang menjadi satu dengan Tuhan tetapi ditambah 12 orang lagi. Ini namanya ‘PersatuanTuhan’ atau ‘Tuhan Persatuan’, bukan hanya Tritunggal tetapi 15 Tunggal! Jadi berdasarkan percanggahan ayat-ayat tersebut yang manakah yang benar? Tiga menjadi tunggalkah atau 15 menjadi tunggal ?
Antonius : Tunggu dulu Pak, ini membingungkan saya.
Bahaudin : Tentu akan lebih membingungkan saudara kalau saya tunjukan ayat yang lain. Sila periksa “Yahya” fasal 17 ayat 3.
Antonius : Baiklah. Di sini menyebutkan “Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah yang Esa, dan Isa Almasih yang telah engkau utuskan itu.
Bahaudin : Ayat ini meyatakan Tuhan adalah Esa. Dalam kamus bahasa indonesia oleh E. St. Harahap cetakan kedua, dinyatakan bahawa Esa itu bererti satu, pertama (tunggal), dan di ayat ini juga disebutkan bahawa Isa Al-Masih adalah Utusan (Pesuruh/Rasul) Allah. Kalau demikian manakah yang benar ? Bibel yang diakui kitab suci oleh saudara isinya bertentangan antara yang satu dengan yang lain. Di satu ayat menyebutkan Tuhan dengan Isa menjadi satu, di ayat lain lima belas menjadi satu dan di ayat yang lain pula Tuhan itu Tunggal, sedangkan di ayat itu pula menyebutkan bahawa Isa itu pesuruh Allah, bukan Tuhan.
Antonius : Adakah ayat lain yang menyebutkan demikian ?
Bahaudin : Ayat yang bagaimana yang saudara maksudkan ?
Antonius : Ayat yang menyatakan bahawa Tuhan itu Esa (Tunggal), bukan tiga menjadi satu.
Bahaudin : Sila buka “Ulangan” fasal 4 ayat 35
Antonius : Baiklah. Di fasal ini menyatakan: “Maka kepadamulah ia ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahawa Tuhan itu adalah Allah yang Esa, tan tiadalah selainNya Tuhan lagi.”
Bahaudin : Jelas di dalam Bibel sendiri menerangkan bahawa Tuhan itu Esa dan tunggal.
Antonius : Itu di dalam Kitab Perjanjian Lama. Apakah terdapat juga didalam Kitab Perjanjian Baru ?
Bahaudin : Saudara minta Kitab Perjanjian Baru, baiklah. Sila saudara buka “Markus”, fasal 12 ayat 29.
Antonius : Baiklah. Di dalam fasal dan ayat tersebut menyebutkan: “Maka jawab Isa kepadanya, “Perintah yang terpenting ialah: ‘Dengarlah olehmu wahai Israil, adapun Tuhan kita ialah Tuhan yang Esa…”
Bahaudin : Teliti lagi di dalam Perjanjian Lama di “Ulangan” fasal 6 ayat 4.
Antonius : Baiklah. Disini disebutkan: “ Dengarlah olehmu wahai Israil, sesungguhnya Tuhan kita itu Esa adanya.
Bahaudin : Apakah belum jelas bahawa Bibelsendiri yang menjadi kitab suci orang Kristian menyebutkan seterang-terangnya bahawa tuhan itu tunggal, bukan tiga menjadi satuatau satu menjadi satu. Andaikata di Bibel ada ayat yang menyebutkan Tuhan itu tiga menjadi satu, saya ingin bertanya yang manakah diantara kedua ayat tersebut yang benar. Yang tunggalkah atau yang tiga menjadi Tunggal ? Salah satu dari dua ayat tersebut pasti ada yang benar kerana sudah jelas kedua ayat itu tidak sama. Kalau salah satu atau kedua-duanya salah, maka kandungan kitab suci itu ada yang salah; jadi bukan kitab suci namanya.
Antonius : Betul, salah satu pasti salah atau kedua-duanya salah.
Bahaudin : Kalau demikian apakah dapat diyakinikebenaran suatu kitab suci, kalau kitab suci itu mengandungi kesalahan atau tidak benar isinya ?
Antonius : Ya, yang dinamakan kitab suci itu mesti bersih daripada kesalahankesalahan; kalau tidak demikian maka batalah kesucian kitab itu.
Bahaudin : Menurut kepercayaan saudara apakah Isa bersatu dengan Allah ?
Antonius : Ya, betul demikian.
Bahaudin : Kalau demikian tentu Isa selalu bersama Allah dan Allah selalu bersama Isa.
Antonius : Betul demikian sebagaimana tersebut dalam “Yahya” fasal 10 ayat 30, iaitu: “Aku dan Bapa itu satu adanya.” Demikian juga Roh Suci sebab Roh Suci itu menjadi satu dengan Isa, sebagaimana tersebut dalam Bibel, setelah Isa berumur 30 tahun, turun Roh Suci kepadanya dan Isa
dibaptiskan oleh pembaptis iaitu Yahya. Jadi jelas bahawa Isa, Roh Suci dan Tuhan adalah Tunggal.
Bahaudin : Kalau begitu sila buka “Matius”, fasal 27 ayat 46.
Antonius : Baiklah, di fasal dan ayat tersebut menyebutkan: “Maka kira-kira pukul tiga itu berserulah Isa dengan suara yang nyaring katanya, “Eli, Eli, lama sabaktani”, ertinya: “Wahai Tuhan, wahai Tuhan, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku ?”
Bahaudin : Berdasarkan seruan Isa di ayat itu, jelas bahawa Isa tidak bersatu dengan Tuhan, yakni Tuhan meninggalkan Isa, sewaktu Isa akan disalib. Sepatutnya kalau Tuhan menjadi satu dengan Isa, saat itu saat yang tepat untuk menolong Isa, tetapi kenyataannya Tuhan tidak bersatu dengan Isa sehingga Isa sendiri meminta tolong.
Antonius : Tetapi Isa itu hidupnya memang untuk disalib untuk menebus dosa manusia.
Bahaudin : Kalau hidup Isa memang untuk disalib, mengapa Isa tidak bersedia dan menolak untuk disalib ? Buktinya ia berseru dengan suara nyaring meminta tolong kepada Tuhan agar ia terlepas dari disalib. Dengan kata lain Isa tidak bersedia selaku penebus dosa!
Antonius : Betul, saya memang tidak mengerti mengapa ayat-ayat Bibel itu ada yang simpang siur.
Bahaudin : Oleh itu mengapa saudara menyembah Isa selaku Tuhan yang tidak berkuasa menyelamatkan dirinya sendiri malah meminta tolong? Patutkah ada Tuhan demikian? Dan saya bertanya lagi, apakah manusia-manusia yang menyalib Isa itu dilaknat?
Antonius : Tentu dilaknat!
Bahaudin : Sepatutnya tidak dilaknat, malah Isa harus berterima kasih kepada mereka yang  menyalibnya, bahkan mereka itu seharusnya mendapatganjaran oleh kerana menurut keterangan saudara hidup Isa itu harus disalib untuk menebus dosa-dosa manusiayang bersedia menyalibnya. Jadi manusia yang menyalib Isa itu berjasa kepada Isa dan penganutpenganut Kristian. Tetapi mereka yang sudah terbukti berjasa itu malah dilaknat. Sepatutnya mereka itu masuk syurga dan dipuji atas jasanya.
Antonius : Ini memang tidak masuk ‘aqal atau sekurang-kurangnya memang sulit difahami; akan tetapi Roh Tuhan bersatu dengan Isa itu tidak mustahil. Sebagaimana banyak manusia kerasukan hantu, jin, malaikat, atau makhluk-makhluk halus lainnya, sehingga tindakan-tindakan dan perbuatan mereka menurut kehendak makhluk-makhluk halus tersebut. Demikian juga ada yang kemasukan Roh Suci seperti Roh Malaikat, sehingga tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatannya suci.
Bahaudin : Kalau demikian baiklah, saya ajukan pertanyaan. Manusia yang bersatu (dirasuki) dengan jin itu, apakah dia dinamakan jin?
Antonius : Tidak.
Bahaudin : Sepatutnya demikian. Jadi jelas bahawa Isa yang menerima Roh Ketuhanan tentunya bukan Tuhan. Manusia yang menerima Wahyu Tuhan itu bukan Tuhan, malah adalah utusanNya (pesuruh Tuhan) sesuai dengan pengakuan Isa sendiri sebagaimana tersebut dalam “Yahya fasal 17 ayat 3 yang berbunyi: “…supaya mereka itu mengenal Engkau, Tuhan Yang Maha Esa dan Benar, dan Isa Al-Masih yang telah Engkau utuskan itu.”
    email this

0 comments:

Post a Comment